7

Sangat rindu.

Pernah rasa rindu tak?
Pernah tak rasa rindu yang teramat sangat tapi kerinduan tu xdapat diubati?
Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tak.
Tapi bagi aku perasaan tu ada. 
Setiap masa, dan makin hari makin bertambah perasaan itu.
Kalau dapat ditimbang, tak tahulah berapa berat RINDU itu.
Sangat berat aku rasa.
Jadi,
kenapa tak call, pergi melawat, ziarah saja orang itu?
getus hati korang.


...
Kalau ada cara lain yang didunia ini yang boleh bawak aku berjumpa dengan orang
itu aku sanggup buat apa sahaja hanya untuk bersalam, peluk, atau paling kurang pun
memberi salam.
Masalahnya xde.

Siapakah gerangan orang itu sampai begitu sekali tahap kerinduan aku.

Special sangat ker?
Best sangat ker?
Sayang sangat ker?

Beliau adalah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

NOORDIN BIN ARIFFIN
aka
Tok Din, Tok Lat, Apak
*credit to Acu*

Beliau adalah tok aku.
Dan 
sudah hampir 2 tahun Ramadhan kita tidak berjumpa.
Kali terakhir kita berjumpa adalah dalam mimpi beberapa bulan lepas.
Masa tuh aku sedang mendaki bukit yang curam, dan ketika hendak lompat satu gaung
aku tersalah anggar lalu jatuh.
Ketika sedang berpaut pada batu itulah datang satu tangan
dan tangan itu adalah 
ARWAH TOK
lengkap berpakaian homeguard.
(tok memang bekas homeguard)
Tok tarik aku yang hampir nak jatuh ke dalam gaung tu.
Kami sempat senyum.
then
puff!!
sedar.
Macam fiksyen kan? Tapi mmg inilah mimpi aku.
aduh...walau pun dalam mimpi tapi dapat jugak berjumpa dengan tok.
...

TOK... yie mintak maaf kalau yie dulu kurang sembang dengan tok.
Yie tahu yg tok nak bersembang, tapi yie x sampai hati nk tinggikan suara sebab tok tak beberapa dengar (sound trouble).
Yie..mintak maaf kalau yie dulu ada terkasar bahasa.
Seingat tak pernah banyak sebab tok dah macam satu kepala dengan yie.
Yie mintak maaf kalau yie dulu curi basikal tua tok
(jet black Raleigh Special made in England oii)
dan pusing keliling padang mafia.
Main tengah hujan, tgh panas, pagi, petang lepas balik sekolah
tok risau sangat terus jual basikal tu kan?
Hahahaha =')

Tok...yie masih ingt lagi pesan tok beberapa hari sebelum tok pergi.
Tok suruh jaga sembahyang
yer
Jaga sembahyang
dan ayat tok selepas tu.
"Tok dah tua dah, dah xlama lagi, kamu muda lagi"
(ayat nie yie xpernah cerita ka sapa2) 
Ketika menceroboh masuk bumbung Equatorial Cameron
"Tok ketaq lutut, tok gayat"

segak noo

tok sambil menunggu anak dan cucu dia bergambor

Sesungguhnya kami disini sentiasa ingat akan Tok dan Tok Nek


Al-Fatihah

7 I hear complaining (:

bytecode said...

al-Fatehah..

Syahmi said...

al-Fatihah (-_-)

Shery NN said...

:((
Tak pernah2 kamu skema kat sini yie.
Acu tgh teroyak nih :((

Harap2 kita mimpi tok lg k.Acu slalu mimpi tok,dan kalau mimpi tok tiap2 hari pun takpe,itu je lah peluang yg ada,..dpt jmp dlm mimpi..

Igt,jgn lupa sbyg..
Al Fatihah....

acab norariff said...

Byte, Syahmie....thanks =')

Acu: bukan nk skema tapi itulah yang yie rasa semalam...just translate kat blog jer...

Yer betul...biar dalam mimpi asal dapat jumpe tok..

Al-Fatihah

Shery NN said...

Apa yg kamu rasa tu adalah 'original' kamu..

Pilotz said...

Al Fateha.

Ahh Unclee baca blog pun tadi terus hujan sekejap :((

Unclee ingat lagi masa arwah Tok Din pergi, Unclee ada zzz sana. Pagi tu dapat "jumpa" Tok Din.

Camne bleh zzz kat tempat Tok Din solat pun tak tau.

Ahhhh takle citer dah.. :( sedih

Rabi'atul Roslan said...

Al-Fatihah buat tok din.. even cek x rapat sangat dgn tok din tpi still terngiang tok tnya " hang bila smpai?" "hang mai ngan sapa? ayah mak x ikut? hang bila balik?" stil teringat2 nada dan suara tok din mcm mna..

Powered by Blogger.
Back to Top