10

Chab, bleh tolong format taaa?

Ashraff / Achab / Acab / Chabe / Chab / Makhluk??? wtf? (apela cacat akal punya manusia panggil aku mcm nie), bleh tolong format taa? ;')
Inilah soklan yang sering orang tanya kat aku sejak aku masuk BMI. Daripada semester 1 hingga sekarang, malah time aku hiatus daripada BMI (praktikal kat TNBD) pun masih lagi ada orang yang call aku tanya. Aku, xde masalah untuk tolong formatkan pc, laptop kesayangan korang, tapi ape yang menjadi masalah besar kepada aku adalah aku sendiri kadang-kadang terpaksa berhempas pulas nak cari driver la, ape la kejadah haram lagi.
Tau la aku nie berbakat macam Bill Gates kan. hahahaha pundek!

Cube bagi kerja mudah sikit.
Aku, bila aku accept sesuatu pc atau laptop untuk diformat, aku mempunyai harapan tinggi agar benda tu tidak akan menyusahkan aku. Contoh; Motherboard corrupt. Biasanya bila tekan butang start, dia tak kuar apa-apa pun. Biasanya ada kuar BIOS (yang backgound hitam ada tulisan putih tu) tapi xde. Solution, campak ke lori sampah DBKL. Operating System corrupt. Bila start, ada kuar bios semua tapi time nak boot Windows, dia fail. Solution, format OS baharu. DVD-R tak leh read. Nak buat ape pon tak leh, tambah bila sekali pekej dengan OS corrupt. Aku kena boot guna usb (ingt senang? kena rip lagi cd windows, transfer dalam usb bagai). Solution, beli DVD-R baru. Murah jer. Hard-disk tak leh detect masa format. Solution, jangan pakai XP kalo nak gak bleh tapi aku malas so aku pakai Win7 jer. kalo degil, campak dalam lori DBKL. Xkeluar sound, skrin prob, restart x sampai 30 min, slow amat dan lain lain. Solution, gi Low Yatt, beli baru. Duit yang kerajaan bagi aka pinjaman MARA korang banyak.  

p/s: (korang sedar tak, yang korang beli seluar dalam pon adalah secara teorinya kerajaan yang tanggung!!! Sedar???)

Okeh, enough said.
Aku nak bg crash course dalam cara-cara nak format PC hanya untuk korang. So, kalo ada sesiapa yang aku kenal, mintak format, terpaksalah aku charge! MIAHAHAHA!!!:D

Untuk Windows XP. 
  •  Buat apa aku tulis pasai OS yang dah setengah daripada umur aku!!! Buang masa maaa pfft!
Untuk Windows Vista / Windows 7.
  • Tekan F2/ F8/ F12 (ikot model), pilih boot priority kepada DVD-RW.
  • Masukkan disk Vista / Windows 7, reboot.
  • Tekan any key.
  • Akan keluar skrin ini. Pilih time and date korang.

  • Pilih "Install Now"
  • Lepas nih, korang akan ditanya product key. Ada 2 senario.
  • Korang xde cd key. Just cari disk pirate yang dia auto crack kan windows tuh. Biasanya korang tekan next trus. (biasanya kat Windows 7, Vista tak sure sebab aku tak kisah.)
  • Korang ada cd key. Cube check kat bawah laptop korang. Ada tak pelekat drp Windows. Kalu ada just masuk jer, tapi pastikan OS yang betul.
  • Try gune nih untuk Vista; 
6F2D7-2PCG6-YQQTB-FWK9V-932CC
 (aku ta leh nek jamin key ini, tapi cubejelah)


  • Accept je Microsoft Windows User License Terms dan click next. 
  • Pilih cara installation yang korang nak. Contoh, kalau nak upgrade dari XP ke Vista/ 7 just click  "Upgrade". If korang prefer "clean" just click "Custom"
  • Okeh, sampai point nih, korang kena hati-hati. Sebab kalau salah disk, abis semua data-data, pics, movie, korang. Sila pastikan hatdis yang betoi. Again SILA PASTIKAN HATDIS YANG BETOI!
  • Bila dah sure hatdis tu adalah C: (kenapa semua perlu C? :')
  • Korang click kat "Drive Option" then "Format"...sebelum tu sila double, triple, quadrupole check!
  • Then click "Next"!!!
  • Ini adalah point of no return. Just tunggu je lah. Masa untuk complete adalah antara 20-60 minit bergantung kepada spec pc masing-masing. So, pergilah buat kopi ker, melantak ker, kuar ke, ngupat ker, dating ker aku tak kisah.
  • Selepas habis setup, tunggu dia reboot.
  • Sekarang time nak letak password dan tukar gambar. 
  • Sekarang time nak letak sekeriti dan option update kat pc korang. Just letak je "Ask me later" kalau pirate. Kalau korang pakai ori, just "Use recommended settings" 

  • Pilih timezone korang. Kalo korang kat Malaysia guna (UTC +8).
  • Kalau dok Uganda cari (UTC+3) 
  • Next!!.
  • Ahhh, this is self explanatory...ape lagi? Peluk cium la laptop korang tuh! hahahaa.
  • Sesetengah version dia akan auto-restart untuk install crack. So be it.
  • Okeh, kalo korang guna Windows Vista, korang kena cari driver untuk audio, wifi, display, chipset, dan lain-lain. Tu korang pepandai lah cari, cari jer kat website manufacture laptop korang. Selalu deme akan bagi complete set. Download sendiri. Ada otak guna. Kate belajar degree hahahaha pfft!
  • Kalau dah cari then xde, maknanya korang beli laptop Made in Bangladesh la kan.
  • Kalo korang guna Windows 7, semua tu tak payah. Sebab Windows 7 akan automatic ade semua tuh. Tu yang best!
  • Untuk Windows 7 yang pirate. Korang bleh dowload WGA remover kat sini.
Dah! Complete sudah step-by-step cara-cara nak format dan install Windows Vista/ Windows 7 kat laptop korang. Kalau korang perlu ape-ape seperti anti-virus, codec, etc etc.... korang leh gi link ini. 

Aku suggest untuk anti-virus korang janganla pakai sampai 2-3. Aku pernah dengar orang pakai 4 anti virus. Memang lembap la pc!.. Just download Avira kat website atas. Free dan efektif. Lagi satu, selalu la defrag dan check disk. Jugak jangan lupa nak buat disk clean up. Korang leh dapat up to 8GB space kalo korang dah  lama tak buat  tak pernah buat .

Guna la guide ini. Bookmark it, comment it, pretend that you never read it, buat ape yang korang rasa patut buat sebagai balasan untuk aku tulis bende-bende tadika nie untuk korang. Kepada sesiapa yang kenal, kalo sangkut tang mana-mana don't hesitate contact aku, kalo nak ego pn leh gak. Xdela masa aku terbuang layan karenah korang.

 p/s/s: Aku tak pernah charge untuk setiap laptop yang aku format. Sebab aku sendiri pakai pirate. Kalo nak bagi, bleh ajer. Aku menerima dengan hati terbuka. Aku hanya charge kepada orang yang aku rasa......"eh! aku tak sukala tengok muka dia nie!!" sahaja. Hahahahahaha!! :'D


Untuk Acu dan Uncle yang tersayang yang berada dibumi Australia:

Kalo dah konfem nak ship laptop tu kat Yie, silakan. Tau la yie mengajar laptop tu sikit. Ghatei plak dia rusak!!! grr!! And if ade ape2 nak kena beli, nanti yie kasi tau. Muahsss :X


Chabe.



10 I hear complaining (:

bytecode said...

hee! format bagi aku sangat senang setelah berjaya memformat lappy sendiri tanpa bantuan masa cuti haritu :)

btw chabe, jum sama2 guna OS linux satu hari nanti? :) :) <3

acab norariff said...

HEHEHEHE...bagus!
Best kan format sendiri!! hehehe xde suruh orang lain..ehhee

Linux? MAHU!! teringain nak pakai Ubuntu!! hehehehe Jhom~~

EnYuArYuEl EiEmAirEn said...

gud idea,
thanks mgajar disini..

sory mnyusahkan..

acab norariff said...

No biggy!!

bytecode said...

yep! format sendiri better dari suruh or upah orang luar lain yang tak berapa kenaiii, dan kene cas puluhan rm...:'(

aku sangat teruja masa 1st time berjaya format setelah 3tahun guna lappy tanpa masalah virus, malware or whatsoever, haha~ *gelak bangga*

heee~ next time kita guna Linux for sure! ubuntu latest yang kao dapat tu kan? or ada yang latest lagy? aku try request dari ubuntu nanti! ;)

acab norariff said...

Bahaha kalo suruh orang lain nih. Hahaha.. Good! Kita kena belajar jugak at some point. :')

Nanti aku kasi kao Ubuntu 10.10 aku..heheee

acab norariff said...

*HAHAHHA bahaya....tercreate perkataan baharu pulek~~ :'P

bytecode said...

hehehe okai!~ :)

Unknown said...

hahahahahaha...seram!!!
aku nk cari guling!!!
aiseh sini xder butang like la dowh..
aku nk
like like like like like
ini post!!

acab norariff said...

Sheq: Wan Ismael Guling suda matheee lorr. Hahahaa...nak butang likes?..nt aku buat! pasty kau likes!!

Entri dari hati turun ke tangan...ehhee :'D

Powered by Blogger.
Back to Top