8

I find my santuary in a long distance driving,


Abaikan tajuk dalam bahasa lingua-franca itu.
Aku nak tulis dalam Bahasa Melayu. Hmm... Zaman dulu, way before aku masuk Auschwitz yang terletak dekat Gombak ini... Bila masa aku berada dalam keadaan moody, tension, or depress, aku selalu mencari ketenangan dengan pelbagai cara. Antara cara yang paling aku gemari adalah, bermain game perang seperti Call of Duty, Medal of Honor atau pon game-game racing seperti NFS, FlatOut, Test Drive...pendek kata banyak lagi lah!.


Ape yang pentingnya disini, adalah dalam banyak, banyak cara, ini adalah cara aku. Ideanya disini adalah; dengan bermain game-game perang, aku dapat membanyangkan atau mensimulatekan muka orang yang membawa masalah itu. So, let say aku tak puas hati ngan siPolan bin/binti/ siPolan...aku akan bayangan  musuh-musuh yang patut aku bunuh itu adalah orang tersebut. Alah, jadi la dapat bayangkan orang yang kita tak suka itu berkepala bersepai, kaki tercabut, tangan putus dan lain lain musibat lagi. Nak buat betul-betul tak boleh la kan, sebab kang dapat dosa plak. Heh. Lagipon aku nie bukannye kejam tahap puaka macam korang. Aku baik sentiasa.


Teringin dowh, nak bt camnie kepada orang yang aku tak suka.


Same gak dalam game racing, ideanya adalah untuk membizikan aktiviti dalam otak aku nie dengan memikir macam mana nak ambil selekoh dengan kelajuan tinggi tanpa brek. Fikir mcmana nak potong, bile perlu tekan brek, bila perlu tekan minyak. Kalau aku masuk dalam MRI, otak aku akan bergermelapan dengan ribut elektrik. Jadi adakah masa tuh aku dapat ingat orang yang memberi masalah kepada aku? Pfft, sorry la, aku bizzi tgh drive. Hahahahah!!


Ingt senang ker?


Then aku masuk Auschwitz yang dekat Gombak nie plak.
Korang bayangkanlah bagai mana tensennya kepala otak aku. Bayangkan, dengan nak kejar dateline assignment, nak study utk kuis, tetiba ada phase test, homework tak buat, tuturial ada 3 soalan lagi belum jenguk, presentation, fikir duit bulan-bulan tak cukup, perut lapar, dapat kawan, kawan plak tikam belakang, kutuk dari belakang, kawan berperangai "pangsai" ambik kesempatan dengan aku. PTUIH! MELAYU!! hahaha ! Korang nampak?  Nampak tak bagai mana permasalahan seroang student. Tu belum masuk nak fikir duit hostel, duit trip, duit nak balik, duit duit duit.

Nasib baik aku still ada bubble of sanctuary yang bleh aku pergi bila-bila masa aku nak.
Semuanya thanks to kawan baik aku Aidil yang aku kenal sejak sem satu (romate kowt). Dia rekemen supaya aku dengar lagu-lagu yang dia dengar bila time stress. Ape lagu tuh? Adakah Irama Malaysia? Adakah Etnik kreatif? Adakah Nyasid? Tolonglah...kami bukan hipokrit. Dia rekemen supaya dengar lagu-lagu daripada kumpulan Nightwish, Therion, System of Down, dan banyak lagi metal lagi. Adakah kitaorang black metal? Tidak!!! Adakah kitaorang masih waras dan sewaras-warasnya? Yer!!
So bila masa aku stress, aku plugin headphone Philips aku yang amat mahal itu dan pasang lagu tu sekuat yang boleh. Biar la. Kalau korang dengar nyasid....Alhamdullilah....but keep it to yourself will ya?  :')

 Therion

Bak kata member baik aku time sekolah dan sekarangla kan (Syamie), "Beribadah kerana Allah, bukan sebab nak menunjuk dekat aku yang ko tu baik." :'D
Nice one mate!!!

Dan sekarang plak?
Aku akan looking forward every peluang untuk drive. Drive plak bukan drive gi kedai bli ubat nyamuk. Bukan!! Tapi drive yang amat panjang. At least 2 jam kat highway. Bukan ape, bila aku drive terutamanya bila melibatkan perjalanan yang panjang, aku akan rasa tenang teramat tenang. Tenang sebab, mata aku akan melihat segala pemandangan ciptaan Tuhan yang ada sepanjang 186 kilometer dari Toll Duta ke Ipoh. Berbezakan aku yang sekarang daripada yang dahulu? Hahaha, terpulanglah pada korang nak asume aku berbeza ke tak. Pada aku, aku still sama, aku still Ashraff yang sama dari dulu sampai sekarang. Mungkin perspektif aku tentang duniawi berbeza apabila aku meningkat usia. Benda-benda yang aku anggap penting suatu ketika dahulu, sekarang nie macam habuk jer. Langsung xde kepentingan kepada diri aku. Okeylah tu. Korang? Bila nak berubah? Mati besok pon boleh!!

Gua Tempurung dikala hujan. Indahkan?

Leceh, tapi xpe..sebab tenang jer bila drive.
Kat highway dapat cuci mate tengok kereta gempak.
Tenang bila tengok view mcm nih.
Long and winding road.

    
So dengan cuti mid-sem selama seminggu ini, aku amat tidak sabar untuk drive balik. Bila aku drive, aku berada dalam bubble yang xde satu masalah pun dapat masuk untuk ganggu hidup aku. Biar pun hanya 2 jam, aku rasa lega dapat lari sekejap dari masalah-masalah bodoh semua nie. Dan korang tau ape benda yang amat teruk masa drive? Nope, bukan driver bengap, bukan anak kucing melintas jalan, bukan dan bukan....ianya adalah bila tiba ke destinasi. Sangat teruk bila kembali ke dunia realiti. aaah!! shit! kenapa!!!...

p/s: Credit to Hafizan  for this fine North-South Highway picture.

Chabe


.

8 I hear complaining (:

bytecode said...

long and winding road.. ingat ta masa kita kat higway sg buloh tu, hee. sambil dengar lagu oldies. sangat tenang! :')

suka jugak driving, tapi jangan pasang lagu Ziana Zain masa aku tengah drive!! :D hehehe

Unknown said...

huhu..niceeeee..being there broo

acab norariff said...

Yeah!...some long distance driving is fun!

Syahmi said...

aku suka betul baca blog yang ada dedicate nama aku ni hahaha

anyway, bawak la aku naik keta hang skali jalan2 dalam highway!!!

acab norariff said...

Hahahhaa....hang suka entry aku yang dulu, aku pn mereply balik ler.

Jalan-jalan?.. buleh ejr, hg nak pi ipoh-kelantan-jb-bukit sentosa-ipoh pon boleh .. ala2 roadtrip gituh! Hahaa!!

Anonymous said...

satu benda y membuatkan ak suka nek bas pr kete balik ipoh or g shah alam, or g memana la yang jauh..


ak dpt tgk langit,matahari,awan y berkepul2...sgt cantik...teramat cantik smpi ak bole leka tgk langit je semata.

-minahspek-

Pilotz said...

I love roadtrips or long drives.
I find peace & @ease doing them especially during and after the 2nd interstate roadtrip covering over 3600kms in one shot.

The first interstate crossing was an unplanned trip but it's still a memorable one as the 2nd trip.

Next one will be in Avant, InsyAllah & you'll be the navigator perhaps?

hafizan89 said...

work sets you free....

Powered by Blogger.
Back to Top