4

Queen of England sindir Najib Razak?


Korang ade dengar kan tentang lawatan empat (4) hari Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak ke London? Setelah kepimpinan beliau tercalar akibat cara beliau menangani BERSIH yang berhimpun di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu beliau sekali lagi dibidas oleh Amnesty International yang mendesak supaya Britain dan juga Pope Benedict khususnya supaya tidak memberi "permaidani merah" kepada Perdana Menteri kita itu.

Kelmarin, Najib Razak dijadualkan untuk makan tengah hari bersama Perdana Menteri David Cameron di kediaman rasmi beliau di 10 Downing Street. Akan tetapi ianya dibatalkan atas "sebab-sebab yang tertentu" atau mungkin hanya sebab terdapat banyak pecahan kumpulan Bersih yang berhimpun dihadapan kediaman Perdana Menteri Britain itu.

Semalam, ketika Najib razak mengunjungi Mansion House, the Official Residence of the City of London’s Mayor, beliau disambut dengan amat meriah oleh penyokong BERSIH. Tambah menarik lagi adalah mereka berkumpul betul-betul dihadapan pintu masuk kediaman itu.

Mana nak elak?
Hari ini, aku dikejutkan dengan sekeping gambar. Dalam Gambar ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Ratu Elizabeth diyakini Queen of England. Didalam gambar ini juga jelas menunjukan bahawa Her Majesty berpakaian serba kuning.
Adakah ianya respon terhadap pucuk pimpinan Perdana Menteri dalam menangani perserta Bersih. Atau adakah ianya sekadar tradisi di sana. Mengikut tradisi, Queen akan memakai serba kuning sekiranya ada acara yang girang gemilang. Dimana suasana kegembiraan akan menyelimuti segenap kota. Contoh terdekat adalah semasa perkahwinan diraja diantara Putera William dengan Kate Middleton. Terpulang untuk korang untuk mentafsir.


p/s: Queen sangat comel. :)

chabe

4 I hear complaining (:

bytecode said...

hahahahaa Queen Lizzie comel in yellow!!! :)

Shery NN said...

Kuning warna diraja.comel queen.hehehe..
sentiasa bangga melihat baju kurung di pakai di negara org putih.like me,dah merasa pakai baju kurung masuk parliament of Western Australia.Oh im so proud :-)

acab norariff said...

Byte: She's looking elegant!

Acu: Kuning berdaulat, payung negara! :D
Yie baru ada satu bajoo kunin...joop bagi! hahaha

Shery NN said...

kita ada songket kunin .ngeeeee :)
papa mesti ada t shirt kejor yeop kejor :)

Powered by Blogger.
Back to Top