Orait, pada posting aku yang lepas, aku ada cerita bagai mana aku merancang trip untuk ke bumi Australia, posting kali ini aku nak sentuh serba sedikit tentang keberangkatan aku ke sana. Okey, secara jujurnya aku start pack barang2 (baju, toiletries, etc..) lebih kurang 2 hari sebelum berangkat. Kebiasaanya aku memang akan buat mcm tu sebab aku tak boleh nak plan baju ape yang nak pakai. Lawaknya, mama tak habis-habis berleter suruh kemas baju haha!
Setelah beg pon dikemas maka lebih kurang pukul 2 pagi, aku bertolak dari Ipoh dan menuju ke KLIA. Sepanjang perjalanan macam-macam kepala aku memfantasikan perkara-perkara yang bakal berlaku semasa aku di sana nanti. Daripada situasi flight RTO hinggalah aku lepak minum bersama Abo otak aku berkerja keras banyangkan suasana. Masa dalam perjalanan aku ke KLIA aku try tengok ke arah langit sebanyak yang mungkin sebabnya adalah aku teringin nak compare keadaan malam bandar yang dipenuhi light pollution dengan keadaan ditengah-tengah padang pasir di Australia.
Secara jujurnya aku tak pernah ada pengalaman melihat hamparan bintang dilangit yang pemandangannya tidak dicemari dengan pencemaran. Sedang otak ligat membayangkan suasana di Australia tiba2 muncul signboard "Enstek"dan juga "Akedemi Audit Negara" terus aku teringat yang salah seorang kawan aku duduk dekat area situ dan dia pernah practical di KLIA jugak under DCA. Pernah hajat nak datang tapi sampai sekarang belom tercapai lagi. Suatu hari nanti insyaallah. Dengan itu, ianya menyedarkan aku yang aku dah hampir tiba ke KLIA, pintu keluar aku dari bumi Malaysia ini.
Setibanya di KLIA, kitaorang lepak-lepak di McD kejap sambil sembang-sembang. Topic mainly berkaitan dgn " Jaga diri tu", "Jangan ikot orang yang tak kenal", "kalo nampak pak arab bg coklat jangan ambil" hahaha.. Lama jugak la kitaorang duduk kat McD tu, dalam pada masa tu dapat tgk banyak gelagat orang masing-masing wish goodbye kepada keluarga / kawan-kawan. Bila bukak je kaunter, terus check in bag and collect boarding pass. Mula-mula risau jugak kot-kot beg over limit. Tapi nasib baik scale tu tunjuk 10.6kg...fuhhh. Oh ya, memandangkan kaunter Singapore Airlines bukak lewat drp yang lain, aku terus ke kaunter yang mana bukak. So, boarding pass aku instead of tulis Singapore Airlines, ianya tulis Silk Air. Kureng cantik bergitu.
Lagi beberapa minit sebelum departures aku salam mama papa sebelum aku melepasi eskeletor yang aku anggap sebagai "Point of No Return". Mama kalau boleh nak ikot sampai ke seat flight, papa pulak tak lekang ambil gambar. Adeh...Sebaik saja aku melepasi AutoGate, baru aku sedar yang daripada point itu, aku keseorangan dan terpulang pada aku sendiri dan izin Tuhan untuk tiba di Perth dengan selamat. Peliknya, antara perkara yang bermain dalam fikiran aku adalah perjalanan Zarina, adiknya dan ibunya ke Belanda dalam sebuah novel pengambaraan Aku Anak Timur. Bezanya..aku berseorangan.

Dari Autogate tu tadi, aku sempat bye bye mama n papa for the last time sebelum aku menaiki Aerotrain untuk ke Terminal Antarabangsa. Dengan berbaki kurang daripada sejam saja lagi, aku meronda-ronda disekitar terminal. Suasanya cukup sibuk. Macam macam orang, macam macam gelagat. Paling pelik adalah apabila ada sorang mamat pramugara tahap adik-adik nih asik senyum2 kat aku. Seramss..

Cukup saja masa, tibalah masanya aku mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Malaysia buat sementara waktu. Flight SQ 107 menuju ke Singapore dengan menaiki Airbus A330-300 milik Singapore Airlines akan dijadualkan berlepas pada 11:25 pagi waktu Malaysia di Pintu C4. Semasa si aerobridge, agak berat jugak kaki untuk melangkah masuk kedalam perut sebuah kenderaan yang kalau mengikut hukum fizik sememangnya tidak boleh terbang, akan tetapi apabila keseronokkan menguasai diri..semua itu ditolak ke tepi.



Aircrew tak lokek memberi senyuman manis ( ikhlas kerrr? ) dan seperti yang telah dibook online tempoh hari, aku mendapat seat tepi tingkap. YEY! Perlahan-lahan kapal terbang taxing dari gate ke runway. Apabila tiba sahaja kapalterbang dihujung landasan aku menarik nafas panjang sambil menyediakan diri untuk menerima tujahan maksimum sepasang enjin Rolls-Royce Trent 700. Walau pun hanya tak sampai 20 saat, tapi aku rasa sangat lama. Daripada tingkap ditepi aku, aku dapat lihat yang tanah semakin jauh dan langit semakin dekat. Pada waktu yang sama, mama papa yang berada dihujung landasan menunggu untuk melihat aku terbang , menangis. Adeh..hahaha...
Walaupun aku pernah terbang beberapa kali sebelum ini tapi, situasi kalini amat berbeza. Disebabkan tiada family atau kawan2 untuk jd teman berbual, aku hanya habiskan masa memandang keluar tingkap sambil melihat hamparan awan yang biasanya berada diatas kepala, berada dibawah aku.
Sangat menakjubkan. Indah sungguh.
Flight ke Singapore hanya memakan masa kurang daripada sejam jadi inflight meals hanya berupa roti dan jus. Dapat jugak aku melihat Selat Melaka yang sibuk dan pelantar-pelantar minyak yang berada ditengah2 lautan. National Geographic selalu cakap yang Singapore mempunyai pelabuahan yang paling sibuk didunia kan? Mereka tak menipu....
Okeh, setakat itu saja catatan aku padakali ini. Seterusnya aku akan cerita tentang Changi Airport yang aku dapat explore selama 5 jam disebabkan transit.. Hahaa.... Tata! :P













Thus I rest my thoughts -




5 I hear complaining (:
pengalaman paling mahal..!
Aku Anak Timur..!! belajar waktu sekolah dulu2.. komsas.. :)
kenapa bila baca blog kamu,rasa sebak? :'(
hurmmm ayat yg tak bleh tahan ialah "org arab bg cekelat jgn ambik tau" hahahaha :)
cayoklah acap...aku tggu dokumentari part-2 ko lak...^-^
wahai abe acap...sebenarnya ak amaatlahh jeles!!! nak ikut!!!
tsktsktsk :'(
bilalah aku boleh pergi kesana juga?terasa inginnya bermain bersama kanggaroo. Cab follow la my another blog, iamradinfadli.blogspot.com
Post a Comment