4

Fakta dan kronologi kematian Osama Bin Laden

*Posting ini agak panjang dan mengandugi fakta. Fakta-fakta yang mungkin korang rasa bosan. Baiklah, you had been warned.  

Okeh, exam dah habis dengan jayanya. Jaya ker? haha, maka dengan itu aku bolehlah cover ape-ape breaking news yang aku terlepas sepanjang aku membuat revision selama 2 minggu lepas. Tak panas punggung lagi berita tentang Royal Wedding antara Prince Williams dan Cathrine Middleton (yang berjaya aku streaming secara live selama 4 jam) tak sampai beberapa minggu, dunia lagi sekali dikejutkan dengan kematian the most wanted man in the history of the world. Kematian Osama bin Laden.

Osama Bin Mohammed Bin Awad Bin Laden

Beliau berjaya evade daripada kerajaan Amerika selama 10 tahun. Berjaya mengelak daripada sejumlah 400,000 ribu askar Coalition yang terdiri daripada Amerika Syarikat, NATO, United Kingdom, German dan beberapa buah negara lagi serta tak ketinggalan Afgan Troops sendiri. Ingat senang ke nak elak 90,000 askar Amerika, lensa MQ-1 Predator, Ground Penetrating Radar dan Tuhan yang taukan ape lagi tekologi yang CIA guna untuk mencari dia.

RISIKAN
Okeh, semuanya berpunca daripada hasil risikan CIA yang kebanyakannya berasal daripada Gitmo dan other black sites. Tahun lepas setelah CIA berjaya wiretapkan perbualan orang yang dikatakan "orang rapat" Osama Bin Laden, Abu Ahmed al-Kuwaiti . Start from that day, bermulalah episod risikan CIA. Pegawai2 CIA yang undercover maybe, berjaya ikut si Kuwaiti nie sampai ke Abbottabad, Pakistan. Kawasan yang dikatakan tempat persembunyian Osama Bin Laden.

Korang tau la CIA macam mana mereka beroperasi. Aku pernah tahun lepas aku saje visit page CIA. www dot CIA dot gov. Ape yang pasti internet aku menjadi teramat perlahan selama satu hari. Aku tak tau la kebetulan ke ape tapi aku roger member aku  cakap pasal nie, dia pi visit gak dan dia pun mengalami situasi yang sama. Kebetulan? Risikan? Penggodaman? hmm.

ABBOTTABAD
Okeh back to Abbottabad. After mereka dapat tau dimana tempat yang dikatakan tempat persembunyian Osama Bin Laden itu maka lagi sekali risikan yang amat serious berlaku. Dari ape yang mereka perolehi, tempat itu dikatakan tidak wujud sebelum 2001, binannya yang bertujuan untuk menyembunyikan sesuatu yang berharga, tanahnya yang lapan kali ganda daripada tanah penduduk sekitar, dikelilingi dinding konkrit yang diletakan kawat duri, dan yang menarik minat mereka (CIA) adalah 'penduduk' rumah itu tak membuang sampah. Maksud aku kat sini, mereka membakar segala sampah dari rumah itu manakala penduduk lain just buang untuk lori sampah collect. Pelik? Tidak bagi kita, tapi sudah cukup untuk CIA menjalankan siasatan lebih lanjut.

Kawasan persembunyian Osama di Abbottabad.


PLANNING
Sejak dari March, President Barrack Obama telah berjumpa dengan beberapa pegawai atasan untuk merangka plan nak capture Osama. Antara plan yang diusulkan adalah: Pertama. Mengebom compound itu dengan 32 bijik 2000 pound bomb yang digugurkan daripada B2- Spirit Stealth. Reject sebab yelah if that much firepower, macamana nak kenal yang cebisan daging itu Osama. Simple. Kedua. Hantar drone mcm Predator, reject jugak sebab limited firepower (pulak) dan mudah untuk dipintas oleh Pakistan. Ketiga. Menghantar sepasukan bersenjata menggempur kawasan itu. Cadangan ketiga diterima dan sepasukan kecil Navy Seals Development Group (DEVGURU) atau ""SEAL Team Six " dilatih. Kawasan latihan mereka dibina serupa dengan tempat persembunyian Osama itu. Sepanjang tempoh latihan, mereka langsung tidak diberitahu mengapa mereka dilatih sedemikian.




PERLAKSANAAN
Selepas "GO AHEAD" daripada President Barack Obama yang juga memegang tugas Commander-in-Chief of United States Armed Forces pada malam 1 Mei Operasi Neptune Spear dengan sepasukan 24 orang DEVGURU dengan bantuan helikopter rahsia MH-60 Black Hawk yang diubah suai milik 160th Special Operation Aviation Regiment (SOAR a.k.a The Nightstalkers). Note: The same regiment yang terlibat masa Battle of Mogadishu. Ingat cerita Black Hawk Down? 2 bijik helo terhempas kat Somalia? Mereka juga terkenal dengan motto "Death Waits in the Dark". Ah itulah The Nightstalkers.
Mereka berpecah kepada 2 team each 12 orang. Yang paling menariknya sewaktu fast-rope (turun dari helo dengan menggunakan tali) helikopter yang dikatakan prototype rahsia itu stalled (mati engin) dan terhempas. WTF?  Nasib xde askar Amerika yang mampos.  Dan tepat jam 1 pagi, letupan breaching charge menggemparkan kawasan itu dan para komando mula menggempur masuk....

Nightstalkers semasa di Mogadishu

Atas: Helikopter rahsia yang diubahsuai daripada Black Hawk milik 160th Regiment

Tail rotor helikopter yang terhempas
PERTEMPURAN
Setelah bertempur dengan beberapa orang personal bodyguard Osama, pasukan itu berjaya bertentang mata dengan orang yang paling dikehendaki selama 10 tahun di tingkat dua bangunan itu. Osama atau dengan nama codename misi ini Jackpot yang pada masa itu berpakaian tempatan berjaya lari ke sebuah bilik. Malanganya semuanya dah tamat. Pasukan itu berjaya mengejar Osama dan melepaskan aku tak tau berapa das tapi yang pasti Osama Bin Laden menghembuskan nafas terakhir dengan tembakan secara "double-tapping" iaitu 2 das tembakan di kepala dan dada. Dua bijik peluru M4-Carbine yang tertulis nama Osama. Satu untuk mematikan target dan satu lagi untuk memastikan target itu tak boleh bangun until Malaikat Izrafil meniup sangkakala yang kedua. Al-Fatihah~

Contoh Navy SEAL dan senjata M4-Carbine semasa CQB
KONTROVERSI
Ramai diantara korang yang hairan kenapa Osama Bin Laden mati secara mengejut. Kenapa takde gambar rasmi yang tunjuk dia mati? Kenapa mayatnya dibuang kedalam laut? Berdasarkan ape yang telah aku baca, kenapa sangat mengejut adalah. Yelah, kenapa mereka nak heboh yang mereka dah jumpa tempat persembunyian Osama. Gerentila orang tua tu lari lagi sekali. Kenapa xde gambar rasmi. Okeh berdasarkan ape yang diulas, keadaan mayat Osama adalah amat mengerikan dengan keadaan tengkoraknya meletup dan bersepai. Sanggup tengok? Menghina mayat... US cakap. Aku tak tau lah. Dan last kenapa pengkebumian dilaut. Oleh sebab kerana kalau tanam, Amerika takut tempat  perkuburan Osama akan dijadikan tempat pemujaan. Secara tak langsung akan melahirkan fahaman-fahaman radikal yang baru. Yang mungkin lagi ganas dan merbahaya. Arwah dimandikan dan dikafan mengikut tradisi orang Islam. Di atas kapal pengangkut USS Carl Vinson, mayat Allahyarham Osama Bin Laden diletakkan diatas papan, diikatkan dengan pemberat sambil dibacakan doa dan akhirnya papan diangkat. Maka dengan itu Allahyarham Osama Bin Laden  jatuh dan tenggelam ke dalam Laut Arab. Al-Fatihah~~

sumber: Blog Serious Obe dan Wikipedia.

p/s: Nak tau sape lagi yang mati pada tarikh 1 Mei? Adolf Hitler. :)
p/s/s: Just my 2 cents, Isn't that Megatron dikebumikan dalam laut? dan dia bangkit balik? hmm..haha joke2

chabe.

4 I hear complaining (:

Syahmi said...

tapi mengapakah gambar gantung Saddam Hussein US bg syok2 orang dunia tengok? Tak menghina si matikah itu? hehe saja dok mengulas time2 bosan dok rumah... ko dok ipoh dah kaa???

-chotte- said...

full of info achabe.
aku terasa kagum nan research yang kow dah wat..
sa-lu-te seepppeerringgg...

:D

acab norariff said...

Syahmie: Kalau ko ingt masa time gambar kedua anak Saddam Hussein dibunuh oleh misil Hellfire Amerika, US release that photo and imedetly after that mereka dapat kritikan hebat. Kata mereka menghina mayat.

About that Saddam picture, aku tak tau nak ulas ape, tapi yang aku tau, waktu Saddam dah mati after gantung, ada report kata mayatnya ditikam sebanyak 6 kali. tengok, betapa bencinya US kat Saddam.

acab norariff said...

Syamie: Pentagon..they learn from their past.

Aripo: Thanks!!! hehehe saje je tulis.. :D

Powered by Blogger.
Back to Top